REAU, Perancis, 2 Julai – Polis Perancis menjalankan operasi besar-besaran memburu gengster digeruni yang mendakwa kehidupan jenayahnya diilhamkan daripada filem Hollywood seperti ‘Scarface’, selepas melarikan diri dari penjara menaiki helikopter yang dirampas dalam operasi ala-komando, semalam.
Redoine Faid, 46, lari dari sebuah penjara berhampiran Paris dengan bantuan dua rakan, menggunakan bom asap dan penggerudi untuk membolosi bilik lawatan ketika Faid sedang bercakap dengan saudara lelakinya, yang kemudian ditahan menurut jurucakap kesatuan penjara, Martial Delabroye dan sumber perundangan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)