Perancis lancar satelit tentera canggih

KOUROU, 24 OKT – Perancis telah berjaya melancarkan satelit canggih ke orbit, malam semalam, yang direka untuk membolehkan semua angkatan bersenjata Perancis merentasi dunia untuk berkomunikasi dengan pantas dan selamat.

Paris mencipta pusat kawalan tentera angkasa pada Julai 2019, antara kebimbangan daripada negara-negara pesaing yang telah banyak melabur dalam teknologi angkasa, dilihat sebagai perbatasan baharu tentera.

Satelit itu ‘direka untuk menentang pencerobohan tentera dari angkasa dan juga bumi, serta campur tangan,” kata jurucakap tentera angkasa dan udara Perancis, Kolonel Stephane Spet kepada AFP.

Roket Ariane 5 membawa satelit yang dinamakan Syracuse 4A yang berlepas dari Kourou, di French Guiana lewat kelmarin, dengan misi berjaya dilaksanakan 38 minit dan 41 saat selepas berlepas.

Satelit itu boleh meninjau di kawasan sekitarnya dan boleh bergerak sendiri untuk lari daripada diserang.

“Dengan peralatan canggih (kelengkapan antena anti-sekat dan pempro-sesan telus digital), Syracuse 4A akan menjamin tentangan tinggi daripada kaedah sekatan ekstrem,” kata penyedia pelancaran Arianespace dalam deskripsi misinya.

Marc Finaud, pakar dalam proliferasi senjata di Pusat Dasar Keselamatan Geneva memberitahu AFP yang satelit itu juga dilindungi oleh detik elektro magnetik yang mungkin berpunca daripada ledakan nuklear.

“Ini adalah senario amaran terakhir, jika pencegahan gagal,” tambahnya.

Pada Mac, Perancis mula latihan tentera pertamanya di ruang angkasa untuk menguji keupayaannya dalam mempertahankan satelit-satelitnya, menggelarnya ‘yang pertama bagi tentera Perancis, malah yang pertama di Eropah’.

Kerajaan Perancis menuduh Rusia menghantar satelit Olymp-K, dikenali sebagai Louch, dekat dengan satelit tentera Perancis-Itali, Athena-Fidus pada 2017, dalam apa yang Menteri Pertahanan, Florence Parly gelar satu tindakan pengintipan’. – AFP