Perancis lanjut perintah berkurung hingga 11 Mei

PARIS, 14 APRIL – Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan perintah berkurung di negara itu akan dilanjutkan sehingga 11 Mei ini.

Macron, bagaimanapun, berkata pelonggaran perintah itu akan dilakukan secara berperingkat sebaik jangkitan COVID-19 menunjukkan pengurangan.

“Pandemik sudah stabil dan harapan kini muncul kembali,” katanya ketika berucap kepada rakyat negara itu, hari ini. Tambah Macron, sekolah akan dibuka semula pada 11 Mei namun, restoran dan kafe belum boleh beroperasi.

Sempadan dengan negara bukan Eropah masih akan ditutup sehingga dimaklumkan kemudian.

“11 Mei adalah permulaan kepada fasa baharu. Ia akan dilakukan secara berperingkat dan undang-undang akan disesuaikan berdasarkan keputusan yang diperolehi,” katanya. – AFP