Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perancis longgarkan peraturan COVID-19

    PARIS, 2 JAN – Perancis mengumumkan pelonggaran sekatan COVID-19 mulai esok dan menteri kesihatan Britain berkata sekatan adalah ‘pilihan terakhir mutlak’, kerana kerajaan menghadapi pilihan sukar antara mengawal virus dan memastikan ekonomi terbuka.

    Kes COVID-19 telah melonjak secara global dalam beberapa minggu kebelakangan ini, didorong oleh kemunculan varian Omicron yang sangat mudah menular dan wabak itu melemahkan sambutan Tahun Baharu sekali lagi.

    Eropah melepasi 100 juta kes yang diketahui kelmarin dan kerajaan di sana berminat untuk menghalang sistem penjagaan kesihatan daripada ditimpa COVID-19 sambil mengelak daripada sekatan.

    Mereka yang telah melengkapi vaksin di Perancis yang didapati positif hanya perlu mengasingkan diri selama tujuh hari dan boleh meninggalkan kuarantin selepas lima hari jika mereka menunjukkan ujian negatif.

    Perubahan dalam peraturan sepatutnya membenarkan “keseimbangan risiko-manfaat yang bertujuan memastikan virus itu dikawal sambil mengekalkan kehidupan sosio-ekonomi,” kata kementerian kesihatan Perancis. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...