Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Perancis menang bergaya, belasah Itali

    ROTHERHAM, UNITED KINGDOM, 11 JULAI – Pasukan bola sepak wanita Perancis memulakan kempen Euro 2022 mereka dengan kemenangan selesa setelah membelasah Itali 5-1 kelmarin.

    Grace Geyoro muncul sebagai penyerang harapan Perancis apabila dia menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama ketika Les Bleues mendahului 5-0 di Rotherham dengan Marie-Antoinette Katoto dan Delphine Cascarino turut mencipta nama sebagai penjaring pasukan Perancis.

    Sementara itu, pengurus pasukan Perancis, Corinne Diacre menimbulkan kontroversi apabila dia membuat keputusan untuk mengetepikan pemain berpengalaman, Amadine Henry dan Eugenie Le Sommer daripada skuadnya bagi menyertai kejohanan tersebut.

    Walau bagaimanapun, ketiadaan Diacre dalam skuad utama tidak sedikit pun merubah prestasi pasukan Perancis apabila mereka mempamerkan aksi cemerlang di Stadium New York kelmarin.

    Kebangkitan Juventus sebelum ini yang menjadi bualan ramai dalam Liga Juara-Juara telah menyaksikan pasukan bola sepak wanita Itali tiba di England dengan harapan yang tinggi.

    Aksi pemain tengah Perancis, Grace Geyoro menjaringkan gol keempat pasukannya semasa perlawanan bola sepak Kumpulan D Euro 2022 Wanita UEFA di Stadium New York di Rotherham kelmarin. – AFP

    Anak buah pasukan Itali, Milena Bertolini malah mempunyai peluang besar pertama dalam permainan apabila penjaga gol Perancis, Pauline Peyraud-Magnin berjaya menyelamatkan rembatan kencang Barbara Bonansea.

    Geyoro membuka jaringan seawal minit kesembilan bagi meletakkan Perancis di hadapan.

    Itali tiga minit kemudian menghidangkan satu lagi peluang keemasan kepada Perancis apabila penjaga gol, Laura Giuliani, gagal menangkap bola dari hantaran lintang dengan kemas yang kemudiannya disambut oleh Katoto untuk menjaringkan gol kedua Perancis.

    Cascarino menyumbang gol ketiga Perancis dengan rembatan rendah dari luar kotak pada minit ke-38 perlawanan.

    Geyoro menanduk masuk gol keempat Perancis pada minit ke-40 dan lima minit kemudian melengkapkan hatriknya apabila hantaran lintang daripada Sandie Toletti disempurnakan dengan baik.

    Manakala Itali hanya mampu menyumbat satu gol pada babak kedua menerusi tandukan tinggi Martina Piemonte. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...