Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Perancis mula hantar gas ke Jerman

    PARIS, 13 OKT – Perancis mula menghantar gas asli ke Jerman sebagai sebahagian daripada ikrarnya untuk memastikan perpaduan tenaga EU apabila Rusia mengurangkan eksport selepas serangannya terhadap Ukraine, menurut pengendali rangkaian Perancis tersebut.

    GRTgaz mula mengubah suai rangkaian saluran paipnya beberapa bulan lalu agar dapat menghantar gas ke Jerman, yang ekonominya bergantung pada eksport Rusia yang Moscow telah hentikan sebagai tindak balas kepada sekatan Barat.

    Selama beberapa dekad, rangkaian Perancis direka hanya untuk menerima gas dari Eropah timur.

    “Penghantaran pertama kali gas Perancis secara terus ke Jerman adalah sesuatu yang bersejarah, sehingga kini kami menghantarnya ke negara jiran kami melalui Belgium,” kata pengarah urusan GRTgaz, Thierry Trouve kepada AFP. Isipadu gas bersamaan sekitar 31 gigawatt-jam (GWh) sehari mula disalurkan hari ini.

    Penyambungan itu mempunyai kapasiti maksimum 100 GWh sehari, yang akan menjadi keluaran bersamaan empat reaktor nuklear, atau 10 peratus daripada jumlah gas asli cecair yang diimport Perancis setiap hari.

    Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Olaf Scholz bersetuju pada September untuk perjanjian kerjasama tenaga yang akan menyaksikan Perancis menghantar gas kepada jirannya jika krisis Ukraine berlarutan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan penapisan minyak Essodi For-sur-Mer terletak di selatan Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...