Perancis: Pakai penutup mulut di tempat kerja

PARIS, 18 OGOS – Perancis sedang bersiap untuk mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung di tempat kerja, kata kerajaan hari ini ketika ia bertindak untuk membuka tempat-tempat kerja yang semakin meningkat dalam usahanya untuk mengekang penularan COVID-19.

Di saat orang ramai di Perancis kembali bekerja setelah cuti musim panas bulan Ogos, penutup mulut dan hidung akan menjadi tambahan sistematik ke tempat ruang kerja dalaman, termasuk bilik mesyuarat, koridor, bilik salinan baju dan pejabat terbuka, kata Menteri Tenaga Kerja Elisabeth Borne kepada AFP hari ini.

Borne bertemu dengan wakil pekerja dan perniagaan untuk membincangkan langkah baharu, yang menurutnya berdasarkan nasihat majlis kesihatan awam kerajaan.

Ia mengambil kira dapatan saintifik bahawa koronavirus bukan sahaja boleh berjangkit dalam titisan besar apabila seseorang itu batuk atau bersin, malah dalam titisan kecil yang masih kekal di udara dalam hembusan nafas orang yang dijangkiti, tambahnya.

Perancis telah mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung pada pengangkutan awam dan di tempat awam seperti kedai dan pejabat kerajaan, namun penggunaannya di pejabat adalah berdasarkan budi bicara majikan hingga sekarang.

Pakar-pakar tersebut mendesak kerajaan untuk mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung di semua ruang pejabat dan bilik darjah yang tertutup.

Banyak bandar-bandar di Perancis, termasuk Paris, telah menggunakan kuasa budi bicara untuk menjadikan pemakaian penutup mulut dan hidung wajib di luar rumah, terutama di pasar makanan, di jalan-jalan yang sibuk dan di sekitar tempat pelancongan.

Wabak COVID-19 telah meragut lebih daripada 30,400 nyawa di Perancis setakat ini.

Sejak sekatan dua bulan berakhir pada bulan Mei, jangkitan meningkat dalam beberapa hari terakhir dan jumlah orang yang dimasukkan ke hospital dan rawatan intensif juga meningkat. – AFP

Pejalan kaki memakai penutup mulut dan hidung ketika berjalan di pasar jalan raya Lourges, Perancis. Perancis sedang bersiap untuk mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung di tempat kerja, kata kerajaan pada hari ini. – AFP