Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis positif capai persetujuan

    BERLIN, 28 Okt – Menteri Ekonomi Perancis berkata dia menjangka untuk mencapai persetujuan dengan Jerman dalam beberapa minggu akan datang mengenai cukai digital Eropah, yang menyasarkan gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS).

    Bruno Le Maire memberitahu wartawan bahawa satu pertemuan di Berlin dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Olaf Scholz meraih hasil yang dimahukan.

    “Saya rasa satu persetujuan dalam beberapa minggu akan datang dan kita akan menghantar mesej yang jelas bahawa kami bersetuju bagi cukai adil ke atas gergasi Internet,” tambahnya.

    “Kami meraih perkembangan yang baik. Saya yakin bahawa kami mampu mencapainya menjelang hujung tahun.”

    Kedua menteri utu bertemu selama empat jam bagi membincangkan satu cadangan kontroversi Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan cukai Eropah ke atas gergasi teknologi AS.

    Cadangan EU itu menyatakan cukai tiga peratus ke atas keuntungan yang dijana oleh beberapa aktiviti, seperti iklan online atau menjual data peribadi.

    Perancis dilihat kerap memberi tekanan kepada rakan-rakan EU bagi menandatangani inisiatif sebegitu, namun Jerman berada di antara pihak yang masih skeptikal.

    Kebimbangan Jerman bagi tindakan itu, yang menyasarkan syarikat-syarikat seperti Google, Amazon dan Facebook, akan memprovok tindakan balas dari AS.

    Berlin lebih rela menyaksikan persetujuan dalam rangka kerja organisasi antarabangsa seperti OECD. – AFP

    Menteri Ekonomi Perancis, Bruni Le Maire ketika bercakap dalam satu sesi di Paris baru-baru ini. Bruno memberitahu satu pertemuan di Berlin dengan Olaf Scholz meraih hasil yang dimahukan berkenaan cukai digital Eropah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda