Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Perancis rampas kapal layar milik Sechin

    PARIS, 3 MAC – Kerajaan Perancis hari ini berkata bahawa ia telah merampas sebuah kapal layar besar yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Igor Sechin, ketua eksekutif syarikat tenaga Rusia, Rosneft dan orang yang dipercayai rapat dengan Presiden Vladimir Putin.

    Kapal berkenaan, Amore Vero, telah dirampas di limbungan kapal di La Ciotat, dekat Marseille, kata kementerian kewangan.

    “Kastam Perancis melakukan rampasan kapal layar Amore Vero di La Ciotat sebagai sebahagian daripada pelaksanaan sekatan oleh Kesatuan Eropah terhadap Rusia,” menurut satu kenyataan.

    Kapal layar itu dimiliki oleh sebuah syarikat di mana Sechin adalah pemegang saham utama.

    Bot sepanjang 85.6 meter itu dibuat oleh pembina kapal layar yang berpangkalan di Belanda, Oceanco dan termasuk kolam renang yang bertukar menjadi helipad, serta banyak geladak termasuk dengan satu jakuzi.

    Bot tersebut dihantar pada 2013, kata pengilang di laman sesawangnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...