Perancis risau kes harian cecah 100,000

PARIS, 22 DIS – Jumlah harian kes COVID-19 di Perancis akan melebihi 100,000 pada penghujung Disember gara-gara varian Omircon yang mudah menular, kata Menteri Kesihatan, Olivier Veran hari ini.

“Inilah apa yang ditunjukkan oleh model,” katanya kepada BFM-TV, selain itu turut mengumumkan Perancis akan membuka vaksinasi untuk kanak-kanak lima hingga 11 tahun hari ini untuk pertama kali.

Perancis telah merekodkan hampir 73,000 jangkitan baharu kelmarin, dengan kadar melebihi 54,000 di sepanjang tujuh hari. Tetapi para pegawai takut dengan kemunculan Omicron ini dapat merubah sifat pandemik ini.

Veran berkata kes Omicron dicatatkan sebanyak 20 peratus jangkitan baharu di Perancis tapi sebanyak 35 peratus di wilayah Paris.

Beliau berkata varian tersebut dijangka menyebabkan kes baharu diantara hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu.

“Ada satu kepastian. Omicron ini lebih mudah berjangkit, ia akan merebak, dan tidak ada negara yang selamat,” kata Veran, menekankan bahawa vaksin memberi kesan kepada varian tersebut. – AFP

Menteri Kesihatan Perancis Olivier Veran meninggalkan mesyuarat kabinet mingguan di Istana Presiden The Elysee di Paris pada 22 Disember 2021. – AFP