Perancis sedia hadapi gelombang kedua virus

PARIS, 8 JULAI – Kerajaan Perancis berkata hari ini ia bersedia menghadapi gelombang kedua kes COVID-19 yang mungkin bakal tiba, tetapi tidak akan mengenakan semula sekatan di seluruh negara untuk membendung wabak itu.

“Tujuan saya adalah untuk menyediakan Perancis menghadapi gelombang kedua, sementara memelihara kehidupan harian, sosial dan ekonomi kami,” kata Perdana Menteri baharu Jean Castex dalam temu bual di televisyen RTL.

“Namun kami tidak akan mengenakan sekatan seperti yang dilakukan pada Mac lalu,disebabkan kami telah mempelajari bahawa kesan ekonomi dan manusia daripada lockdown sepenuhnya membawa kemusnahan,” kata beliau.

Sebaliknya, mana-mana penutupan perniagaan atau arahan tinggal di rumah akan ‘menyasarkan’ kawasan tertentu, katanya.

“Koronavirus masih ada di sini,” Castex mengingatkan, menambah beliau akan berkunjung ke wilayah Amerika Selatan French Guiana pada Ahad, yang berpulih daripada peningkatan kes.– AFP