Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Perancis tangani epidemik bronkiolitis kanak-kanak

    PARIS, 10 NOV – Menteri Kesihatan Perancis Francois Braun, kelmarin, menggerakkan pelan tindak balas kecemasan nasional untuk membantu hospital menangani jangkitan bronkiolitis yang melambung tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

    “Saya memutuskan pagi ini, sebagai tambahan kepada semua perkara lain yang telah dilakukan, untuk menggerakkan pelan ORSAN (pelan kecemasan di Perancis untuk mengendalikan peningkatan mendadak bilangan pesakit di hospital) bagi menangani wabak ini,” katanya kepada Senat Perancis.

    Kini setiap wilayah akan mendapat sumber tambahan untuk mengurangkan tekanan dalam perkhidmatan pediatrik yang telah dibanjiri kemasukan pesakit.

    Menurut Agensi Kesihatan Awam Perancis, negara itu belum pernah mencatat jumlah kemasukan ke hospital berkaitan bronkiolitis dan ketibaan pesakit yang begitu ramai di wad penjagaan kecemasan sejak lebih 10 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...