Perancis tangguh pelan pemulihan ekonomi AS$118b

PARIS, 23 OGOS – Kerajaan Perancis berkata semalam ia akan melancarkan pelan 100 bilion euro (AS$118 bilion) untuk memulihkan ekonomi yang terjejas oleh koronavirus seminggu lebih lewat daripada dirancang.

Perniagaan telah menunggu butir-butir rangsangan baharu untuk ekonomi kedua terbesar zon euro, dijangka keluar pada 25 Ogos, dan jurucakap kerajaan Gabriel Attal berkata ia sudah ‘bersedia.’

Namun untuk sekarang, ‘kerajaan sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi tarikh akhir kesihatan pada 1 September’ apabila pelajar kembali ke sekolah dan ramai pekerja akan kembali dari cuti musim panas, kata Attal dalam satu kenyataan.

Persediaan asas mesti dilakukan, termasuk syarat-syarat memakai penutup mulut dan hidung di tempat kerja dan sekolah menengah, kata beliau, menambah Presiden Emmanuel Macron mahu menteri berusaha ‘memastikan langkah berkenaan dilaksanakan dan semua orang mematuhinya.”

Hanya selepas itu pelan ekonomi akan dibentangkan ‘dalam minggu pertama September.’

Paris berusaha mengekalkan matlamatnya untuk mengembalikan KDNK Perancis kepada tahap yang sama sebelum pandemik koronavirus menjelang tahun 2022, kata Attal. – AFP