Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perancis tundukkan Denmark

    DOHA, 27 NOV – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berpuas hati dengan dua jaringan Kylian Mbappe yang memberikan pasukannya kemenangan 2-1 ke atas Denmark untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya dalam kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022. 

    Mbappe menjaringkan gol pada minit ke-61 dan ke-86, lapor Xinhua.

    Pada kejohanan kali ini, juara bertahan Perancis beraksi tanpa pemain seperti Karim Benzema, Paul Pogba dan N’Golo Kante. 

    “Kylian ialah pemain luar biasa, dia boleh menjadi penentu. Pasukan kami juga mempunyai pemain lain yang menyokongnya. Dia tidak banyak bercakap tetapi ligat di atas padang,” kata Deschamps. – Bernama

    Aksi Kylian Mbappe menjaringkan gol kedua Perancis dalam perlawanan menentang Denmark di Stadium 974, Doha, Qatar, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...