Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perancis, UK kerjasama tangani isu pendatang

    PARIS, 14 NOV – Perancis dan UK hari ini menandatangani perjanjian baharu untuk menjalin kerjasama menghalang pendatang daripada menyeberangi Selat ke England dalam bot kecil, sumber ketegangan di antara kedua-dua negara.

    Di bawah perjanjian itu, Britain akan membayar Perancis 72.2 juta euro (AS$74.5 juta) pada 2022-2023 supaya Paris boleh menambah sebanyak 40 peratus jumlah anggota keselamatan untuk meronda pantainya di utara, kata kementerian dalam negeri Perancis.

    Ini bermakna kira-kira 350 anggota keselamatan Perancis tambahan akan meronda selepas perjanjian itu, dimeterai di Paris oleh Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin dan rakan sejawatan British Suella Braverman.

    London dan Paris juga berjanji akan menggunakan sumber teknologi dan manusia di pantai Perancis untuk mengesan, memantau dan memintas bot dengan lebih baik. Mereka juga mahu mengumpul dan menggunakan maklumat, terutamanya daripada pendatang yang dipintas, untuk menghapuskan rangkaian penyeludupan dan menghalang aktiviti menyeberang lain.

    Buat pertama kali, kumpulan pemerhati akan dihantar ke kedua-dua kawasan Selat untuk ‘memperkukuh pemahaman,’ mempertingkat maklum balas pendatang dan menambah pertukaran maklumat.

    Perjanjian itu dicapai selepas kerajaan UK berkata semalam lebih daripada 40,000 pendatang telah menyeberang Selat ke Britain setakat ini tahun ini, mencecah rekod baharu. – AFP

    Menteri Dalam Perancis, Gerald Darmanin dan Setiausaha Dalam Negeri Britain, Suella Braverman bertukar dokumen selepas menandatangani perjanjian di Kementerian Dalam Negeri Perancis di Paris, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...