PARIS, 13 MAC – Kerajaan Perancis telah mengumumkan pakej bernilai 2 bilion euro (AS$2.2 bilion) untuk membantu pengguna yang bergelut dengan harga minyak meningkat.
Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mengumumkan lewat kelmarin yang harga petrol dan diesel akan dikurangkan sekitar 15sen seliter.
Bil itu akan dikurangkan mengikut jumlah berkenaan apabila pemilik kenderaan membayar, yang mana kemudian negeri akan membayar balik pemilik gas stesen bagi jumlah selebihnya.
“Ia bermaksud setiap kali awda mengisi minyak sekitar 60 euro, anda jimat kira-kira sembilan euro,” kata Castex.
Dengan harga petrol kini meningkat dua euro seliter di stesen minyak beberapa kawasan, kerajaan kini mendapat tekanan untuk mengurangkan impak ke atas perbelanjaan seisi rumah. – AFP