Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Perang di Sudan: Gencatan senjata dilanjutkan 72 jam

    KHARTOUM, 1 MEI – Tentera Sudan dan pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) kelmarin mengumumkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata baharu selama 72 jam, berkuat kuasa tengah malam Ahad.

    “Berdasarkan usaha dan permintaan Saudi-Amerika yang menjadi perantara, Angkatan Tentera bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata tambahan selama 72 jam,” menurut tentera dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

    Tentera menyuarakan harapan bahawa pihak RSF turut mematuhi gencatan senjata itu.

    Sementara itu, RSF dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan bahawa “sebagai tindak balas kepada seruan antarabangsa, serantau dan tempatan, kami mengisytiharkan lanjutan gencatan senjata kemanusiaan tambahan 72 jam, mulai tengah malam hari ini”.

    RSF memaklumkan pihaknya bersetuju dengan lanjutan gencatan senjata untuk membuka laluan kemanusiaan, memudahkan pergerakan rakyat dan membolehkan mereka mendapatkan keperluan mereka dan mencari perlindungan di kawasan selamat.

    Kenyataan itu menekankan komitmen RSF terhadap syarat-syarat kemanusiaan dan gencatan senjata sepenuhnya.

    Pada Ahad juga, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan memaklumkan penutupan ruang udara negara itu akan dilanjutkan hingga 13 Mei.

    Penerbangan untuk bantuan kemanusiaan dan pemindahan dikecualikan selepas mendapat permit daripada pihak berkuasa berkaitan dan kelulusan Angkatan Tentera Sudan. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 25 April 2023 menunjukkan seorang lelaki berjalan di tepi rumah yang dilanda pertempuran baru-baru ini di Khartoum, Sudan. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -