Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perang mulut AS-Rusia bayangi rundingan Moscow

    MOSCOW, 12 April – Amerika Syarikat dan Rusia bercanggah pendapat mengenai serangan kimia Syria pada hari ini tatkala diplomat tertinggi Washington bersedia untuk menghadiri rundingan di Moscow.

    Setiausaha Negara Rex Tillerson dijadualkan mengadakan rundingan sehari bersama Menteri Luar Sergei Lavrov yang kini akan dikuasai oleh perang mulut.

    Namun, dengan pegawai AS mencadangkan tentera Rusia mungkin telah berpakat dalam pembunuhan terbaru yang dipersalahkan ke atas rejim Bashar al-Assad, masih tidak jelas sama ada beliau akan dijemput untuk bertemu dengan Presiden Vladimir Putin.

    Sehari sebelum mesyuarat, kedua-dua pihak menambah retorik mereka dan bukannya meredakan keadaan yang tegang.

    Putin menuduh pemberontak Syria merancang melancarkan serangan kimia yang dipersalahkan ke atas rejim Assad demi menarik Amerika Syarikat, yang mengebom pangkalan udara Syria pada minggu lalu, memburukkan lagi konflik.

    Bagi pihaknya, Rumah Putih membandingkan taktik Assad dengan diktator Perang Dunia Kedua Jerman Adolf Hitler.

    Jurucakap Trump Sean Spicer berkata Tillerson akan menghadiri mesyuarat dengan Lavrov untuk “memastikan kami membiarkan Rusia tahu bahawa mereka perlu memenuhi kewajipan yang telah dijanjinya” untuk menghentikan penggunaan senjata kimia oleh Assad.

    Dalam perkembangan berasingan, seorang pegawai kanan AS mencadangkan tentera Rusia mesti mempunyai pengetahuan awal tentang serangan kimia, yang membunuh sekurang-kurangnya 87 orang di utara bandar Syria Khan Sheikhun.

    Setiausaha Pertahanan AS James Mattis berkata Washington “tidak meragui” Assad berada di sebalik pembunuhan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda