Perang perniagaan jejas golongan kaya

BEIJING, 10 Okt – Golongan kaya China melihat jumlah mereka berkurangan pada tahun ini tatkala perang perniagaan dengan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan saham dan menghapus kekayaan berbilion dolar, demikian menurut satu tinjauan hari ini.

Jumlah usahawan China yang berpangkalan di China, dengan nilai bersih melebihi 2 bilion yuan merosot sebanyak 237 kepada 1,893 individu pada tahun ini, menurut ranking tahunan yang dikumpul oleh majalah mewah di Shanghai Hurun Report.

Lebih separuh daripada golongan paling kaya China melihat kekayaan mereka mengecut atau tetap tidak berubah sepanjang tahun, tinjauan menunjukkan, sementara sejumlah besar individu disingkirkan daripada ranking.

Kemerosotan sebanyak 20 peratus dalam bursa saham, “di sebalik ekonomi meleset dan perang perniagaan AS-China, mengakibat 456 kemerosotan pada tahun ini, yang tertinggi sejak rekod bermula 20 tahun lalu,” kata Pengerusi Hurun Report, Ripert Hoogewerf.

Tersingkir daripada senarai adalah usahawan industri kimia Zhu Shuangquan, usahawan lampu Zhang Yutao dan pengeluar komponen elektrik Zhong Xiaoping dan isteri Liu Qiuxiang, kesemua mereka telah melihat harga saham syarikat mereka merosot pada tahun ini.

Sektor pengeluaran telah terjejas teruk akibat tarif yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump ke atas kira-kira separuh daripada import China, dan jumlah mereka dengan kekayaan yang diperoleh dalam sektor itu merosot kepada 26.1 peratus daripada 27.9 peratus pada tahun ini.

Sementara ekonomi kedua terbesar dunia masih mempunyai jutawan paling ramai berbanding mana-mana negara di dunia, jumlah mereka telah berkurangan kepada 620 orang, menurut Hurun.

Sebaliknya,Jack Ma dari Alibaba, melihat kekayaannya bertambah, mengambil semula senarai lelaki paling kaya China daripada jutawan hartanah Xu Jiayin, yang jatuh di kedudukan kedua. – AFP