Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Perang Rusia ‘cabaran paling besar’ – Yellen

    BALI, INDONESIA, 14 JULAI – Perang Rusia di Ukraine memberi ancaman besar kepada ekonomi global, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen hari ini ketika menteri-menteri G20 bersedia untuk memulakan rundingan di Indonesia.

    Serangan Moscow telah menyebabkan inflasi memuncak ketika dunia bergelut untuk berpulih daripada pandemik COVID dan memberi ancaman boleh berlaku kebuluran dan kemiskinan berleluasa.

    “Cabaran terbesar kita hari ini datangnya daripada perang Rusia ke atas Ukraine,” katanya di pulau peranginan Bali menjelang mesyuarat antara menteri-menteri kewangan dari ekonomi-ekonomi besar dunia dan gabenor-gabenor bank pusat pada Jumaat dan Sabtu.

    “Kami melihat limpahan kesan negatif daripada perang itu di setiap sudut dunia, terutamanya berkaitan dengan harga tenaga yang tinggi dan ketidakstabilan harga makanan,” tambahnya.

    “Perwakilan rejim Putin tiada tempat untuk berada pada forum ini,” katanya lagi.

    Yellen berkata dia akan terus menekan sekutu-sekutu G20 pada mesyuarat itu bagi pengehadan harga minyak Rusia demi menghentikan perang Putin dan menekan Moscow untuk menamatkan serangan serta menurunkan kos tenaga.

    Beliau yang tiba di Indonesia selepas bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jepun di Tokyo, berkata ia adalah ‘sukar’ menyaksikan kesan perang yang menyumbang kepada harga tenaga meningkat, ketidakstabilan harga makanan dan prospek tinggi mengenai kebuluran global.

    Sementara itu, Menteri Kewangan Anton Siluanov hanya akan menghadiri rundingan itu secara maya, seminggu selepas Menteri Luar Negeri, Sergei Lavrov mendapati dirinya telah dikecam hebat oleh rakan-rakan sejawatan G20 berkaitan serangan tentera Moscow. – AFP

    Janet Yellen semasa bercakap pada sidang media sebelum menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan G20 di Nusa Dua di Bali, Indonesia pada 14 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...