Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perang Rusia-Ukraine bayangi rundingan G20

    JAKARTA, 7 JULAI – Menteri-menteri luar dari negara kaya dan maju, Kumpulan 20 (G20) berhimpun di pulau peranginan Bali, Indonesia bagi rundingan yang dijangka didominasi oleh konflik di Ukraine meskipun agenda memfokuskan kerjasama global dan keselamatan makanan dan tenaga.

    Mesyuarat sehari itu akan berlangsung esok di pulau Hindu di negara gugusan kepulauan majoriti Muslim itu.

    Tidak mengendahkan latar belakang ketegangan yang menghantui mesyuarat itu, Menteri Luar Negara China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov singgah di pelbagai ibu negara Asia dalam perjalanan ke Bali, mendapatkan sokongan dan mengukuhkan hubungan mereka di rantau itu menjelang mesyuarat.

    Amerika Syarikat dan sekutunya berhasrat mencari jalan menghukum Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam apa cara sekali pun, termasuklah mengancam memboikot sidang kemuncak G20 di Bali dalam November kecuali Putin dikecualikan daripada forum ini.

    Maka sebagai presiden G20 tahun ini, Indonesia dipaksa memainkan peranan lebih membina di pentas dunia berbanding hanya bertindak sebagai ‘penganjur acara.’ Negara itu juga sudah berusaha kekal neutral semasa menangani pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan Presiden Joko Widodo juga berhati-hati dalam ulasannya. – AP

    Seorang pegawai polis berjalan melepasi tanda di venue berlangsungnya mesyuarat menteri-menteri luar G20 di Nusa Bali, Indonesia, 7 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...