Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Perang: Sektor pelancongan Yaman terkesan

    ADEN, YAMAN – Banyak tapak dan bandar lama di Yaman telah lama menjadi tarikan pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa.

    Bagaimanapun, semasa konflik ketenteraan lebih tujuh tahun antara kerajaan dan militan Houthi, pertempuran sengit telah menyelubungi negara Arab yang miskin itu dan menutup pintunya kepada pelancong asing sejak 2015.

    Peperangan yang berterusan dan jalan yang disekat juga menjejaskan sektor pelancongan tempatan. Di bandar pelabuhan Aden yang strategik di selatan, pantai, pusat peranginan dan taman hiburan digunakan untuk menarik ribuan keluarga dari pelbagai wilayah Yaman sebelum meletusnya perang saudara.

    Di daerah Al Buraiqeh di Aden, beberapa keluarga masih mengunjungi kereta kabel yang ditinggalkan.

    “Sebelum meletusnya perang ini, saya melawat tempat ini yang termasuk satu-satunya kereta kabel di Aden dan menikmati hujung minggu yang menyeronokkan di sini bersama ahli keluarga saya berhampiran laut,” kata seorang warganegara bernama Ahmed Zaid.

    Kemudahan kereta kabel yang dibiarkan terbengkalai. – Xinhua
    Gambar menunjukkan taman peranginan pantai yang lengang di Aden, selatan Yaman. – Xinhua

    “Perang berakhir di Aden, tetapi pihak berkuasa tempatan dan pelabur tidak membaiki kereta kabel ini untuk tapak pelancongan yang indah ini,” katanya.

    Hasil daripada operasi ketenteraan yang berterusan di Yaman, laporan sebelum ini menunjukkan bahawa kerugian sektor pelancongan telah melebihi AS$6 bilion sejak 2015. Banyak agensi pelancongan di seluruh Yaman ditutup sepenuhnya dan memberhentikan ribuan pekerja dalam sektor ini.

    “Ramai keluarga Yaman sangat bergantung pada perniagaan berkaitan pelancongan yang bekerja tanpa gangguan sebelum meletusnya perang,” kata Wael Abdul-Rahman, seorang pekerja yang menganggur.

    “Saya pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel pelancongan tempatan di Aden, dan juga dua orang abang saya bekerja sebagai pelayan di restoran di hotel yang sama yang musnah dan ditinggalkan,” kata Abdul-Rahman.

    Pihak berkuasa tempatan di Aden tidak dapat membaiki dan membina semula banyak institusi pelancongan penting yang rosak semasa perang antara tentera kerajaan dan Houthi.

    Seorang pegawai enggan dinamakan, memberitahu Xinhua “Hanya sokongan serius daripada negara asing lain akan membantu pihak berkuasa tempatan membina semula infrastruktur Aden yang musnah, termasuk sektor pelancongan.”

    Pertempuran berterusan antara dua musuh yang bertelagah dengan serangan udara harian yang diketuai Arab Saudi menjerumuskan negara Arab paling miskin di Timur Tengah itu lembah kekacauan teruk dan keganasan. – Xinhua

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...