Perang siber cetus kebimbangan pilihan raya

NEW DELHI, 16 Mei 2019 – Pemerhati pilihan raya India berkata ia telah memaksa Facebook, Twitter dan youTube untuk menghapuskan beratus-ratus pos yang dikongsikan semasa pilihan raya negara itu.

Parti nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata dan Parti Kongres pembangkang telah menganggapnya sebagai perang siber di dalam media sosial selama enam minggu pengundian yang berakhir pada Ahad.

Saingan utama menuduh antara satu sama lain dengan memberikan mesej palsu di dalam media sosial untuk mempengaruhi kuasa pengundi.

Bagaimanapun tiada peperangan percakapan dan video antara Perdana Menteri Narendra Modi dan pemimpin pembangkang Rahul Gandhi.

Gandhi memanggil Modi sebagai ‘pencuri’, tatkala Modi menangkis lawannya sebagai ‘pappu’ atau bodoh. Kenyataan itu telah dikongsikan oleh ribuan pengguna di dalam aplikasi WhatsApp dan Twitter dalam hanya beberapa minit.

Pilihan raya 2019 itu adalah ‘pilihan raya berasaskan aplikasi di mana pemacu penglibatan pengundi seperti whatsapp, sharechat, Helo, tiktok, Instagram digunakan untuk kempen propaganda dan maklumat yang salah,” kata penyelidik politik Asia, Sangeeta Mahapatra.

Ahli politik Kongres kanan Shashi Tharoor berkata dalam satu kenyataan baru-baru ini bahawa maklumat yang salah akan mengundang bahaya kepada pengundi. – AFP

Gambar yang diambil pada 5 April 2019 menunjukkan sukarelawan Parti Aam Aadmi (AAP) untuk pasukan media sosial ketika bekerja di ‘ruang perang’ menjelang pilihan raya negara itu di ibu pejabat parti di New Delhi. – AFP