Perang Twitter, Trump turut babitkan Facebook

SAN FRANCISCO, 2 JUN – Kemelut di antara Twitter dan Donald Trump menyebabkan kekecohan berlaku kepada Facebook apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, enggan menolak untuk menyiarkan berita palsu atau berunsur fitnah oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja media sosial berkenaan.

“Apa yang dilakukan oleh Mark adalah salah dan saya akan berusaha keras untuk menyuarakannya bagi memastikan dia mengubah keputusan itu,” kata pengarah reka bentuk News Feed Facebook, Ryan Freitas melalui twitternya semalam.

Ryan turut berkata, kira-kira lima orang lagi pekerja Facebook turut mempunyai pandangan sama sepertinya. Punca ketegangan ini berlaku apabila Twitter buat pertama kali bertindak terhadap dua ciapan Trump mengenai undian secara pos dengan meletakkan pautan ‘dapatkan fakta mengenai undi pos.’ Zuckerbeg dalam satu temubual dengan Fox News berkata, platform media sosial peribadi ‘tidak sepatutnya’ menjadi penimbang tara bagi menentukan kebenaran mengenai segala perkara yang diutarakan secara dalam talian. – AFP