Peranti kesan virus melalui peluh diuji

BANGKOK, 9 SEPT – Bagi peniaga di pasar, peluh luar biasa yang membasahi baju mereka mungkin menjadi petanda jangkitan COVID-19, kata saintis Thailand.

Penyelidik Thailand sedang membangunkan pengesan mudah alih untuk mengesan bau badan yang terhasil ketika berpeluh dan menjalankan ujian ke atas peniaga di pasar makanan Bangkok minggu ini. “Berdasarkan sampel, kami mendapati mereka yang dijangkiti COVID-19 akan mengeluarkan kimia tertentu.

“Hasil dapatan kami gunakan untuk membangunkan peranti bagi mengesan bau badan tertentu yang dihasilkan bakteria daripada peluh pesakit COVID-19,” kata Dr Chadin Kulsing dari Universiti Chulalongkorn.

Menurut Chadin, ujian tersebut mencapai ketepatan sehingga 95 peratus dan ia diharap dapat digunakan sebagai alternatif mampu milik menggantikan ujian calitan yang lebih mahal dan memerlukan proses di makmal. Bagaimanapun, peranti dalam pembangunan awal dan belum mendapat penilaian rakan setara. – AFP

Seorang petugas menunjukkan cara sampel peluh diuji menggunakan peranti yang boleh mengesan virus COVID-19 melalui bau peluh di Universiti Chulalongkorn. – AFP