Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Peranti vape bernilai RM1.55 juta dirampas

    JOHOR BAHRU, 4 JAN – Polis menahan tiga individu dan merampas 2,753 kotak mengandungi pelbagai jenis cecair serta peranti rokok elektronik (vape) bernilai RM1.55 juta di sebuah premis di Jalan Eco Perniagaan 1/2, Taman Eco Perniagaan, di sini semalam. 

    Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 22 hingga 25 tahun itu, ditahan dalam serbuan pada pukul 12:30 tengah hari.

    Beliau berkata hasil siasatan mendapati cecair dan peranti vape itu dijual secara dalam talian, manakala premis tersebut dijadikan sebagai stor penyimpanan.

    “Hasil siasatan mendapati kesemua mereka adalah pekerja dan penjaga premis yang terlibat dengan penjualan pelbagai jenis cecair serta peranti vape tersebut.

    “Kita akan siasat apakah jenis vape ini kerana tidak ketahui lagi kandungan di dalamnya,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. Menurutnya, secara keseluruhan terdapat 53,421 unit pelbagai jenis cecair dan peranti vape di dalam kesemua kotak itu.

    Kamarul Zaman berkata pihaknya akan melakukan analisis bagi mengenal pasti kandungan bahan di dalam cecair vape itu untuk mengesan sama ada ia mempunyai bahan terlarang atau tidak.

    Beliau turut mengesahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor tidak mengeluarkan sebarang lesen perniagaan bagi penjualan vape di negeri ini. – Bernama

    Datuk Kamarul Zaman Mamat (dua kanan), diiringi Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah (kanan), menunjukkan pelbagai perasa vape dan peranti tanpa lesen pada sidang media di Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...