Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perarakan Hari Republik India dikurangkan

    NEW DELHI, 26 JAN – Ribuan penduduk India menghadiri upacara perarakan di ibu kota India hari ini untuk menyaksikan kuasa ketenteraan dan kepelbagaian budaya negara itu, namun acara tahunan sambutan Hari Republik India itu dikurangkan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

    Hampir 500 kanak-kanak sekolah, penari, polis dan batalion tentera, persembahan aksi ngeri di atas motosikal semasa perarakan dari istana presiden hingga ke Rajpath.

    Presiden, Ram Nath Kovind menerima tabik hormat semasa perarakan, termasuk rejimen yang menunggang unta. Perdana Menteri, Narendra Modi, menteri-menteri kerajaan dan diplomat luar negara memuji peserta persembahan.

    Perarakan selama 90 minit berakhir dengan persembahan daripada 75 buah pesawat tentera, termasuk jet Rafale, pesawat pengangkutan dan helikopter.

    Hari Republik India menandakan ulang tahun penerimaan perlembagaan negara pada 26 Januari 1950. India mendapat kemerdekaan daripada pemerintahan Britain pada 1947.

    Perarakan bermula lewat setengah jam bagi memastikan darjah penglihatan baik untuk peserta dan perarakan lalu. Pihak berkuasa juga memendekkan perarakan, yang kebiasaannya melalui Red Fort kurun ke-17 selepas bergerak sepanjang beberapa daerah. – AP

    Salah seorang anggota tentera India yang menyertai perarakan sempena Hari Republik India di Prayagraj, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...