Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Perasaan Kimberly bercampur baur disebut pengganti Jun Hoong

    KUALA LUMPUR, 7 JAN – Perasaan bercampur baur, ada rasa teruja, ada juga rasa gementar.

    Demikian boleh dirumuskan perasaan atlet terjun muda negara, Kimberly Bong Qian Ping apabila namanya disebut sebagai antara yang berpotensi mengisi kekosongan ditinggalkan juara dunia 2017 Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita.

    Bagaimanapun, atlet kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu menghargai peluang diberikan bagi menggantikan Jun Hoong.

    “Saya gembira berada dalam senarai berpotensi tetapi saya merasakan tekanan pada masa sama kerana saya sudah lama tidak bertanding.

    “Tapi saya bersedia untuk melakukan yang terbaik,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Kimberly, kali terakhir beraksi pada Siri Dunia Terjun FINA 2019 di China berkata buat masa ini beliau lebih menumpukan kepada acara 1m dan 3m papan anjal individu wanita.

    “Sebenarnya, saya lebih suka acara 10m platform individu tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya juga tidak kisah untuk bertanding dalam kedua-dua acara (10m platform dan 3m papan anjal),” katanya.

    Kimberly, yang menyasarkan pingat pada penampilannya di Sukan SEA Hanoi, Vietnam, pada Mei ini, turut berharap dapat mewakili negara ke Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom pada bulan Julai diikuti Sukan Asia di Hangzhou, China pada September nanti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...