MANILA, 24 Okt – Filipina akan membuka semula pulau peranginan Boracay kepada pelancong Jumaat ini, selepas dibersihkan yang memakan masa selama enam bulan yang bertujuan untuk membaiki kerosakan akibat pelancongan yang tidak terkawal selama bertahun-tahun.
Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan penutupan pulau itu pada April lalu untuk melakukan langkah-langkah bagi mengukuhkan infrastruktur yang lemah dan mengawal pembangunan yang berlebihan, di mana beliau menyifatkannya sebagai ‘kumbahan.’
Sementara pihak kerajaan akan membuka semula pintunya, Boracay akan memiliki beberapa hotel dan restoran, mengurangkan jumlah pengunjung dan peraturan minum anti-pantai bertujuan untuk mengawal reputasinya.
Semua langkah ini adalah untuk melindungi kecantikan air pulau itu dan meluaskan lagi pasir putih pantai yang sangat disukai oleh dua juta pelancong setiap tahun.
Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat berkata beliau berharap Boracay baharu ini akan menjadi titik permulaan bagi mengekalkan kemapanan budaya pelancongan di Filipina dan menambah destinasi pelancongan.
“Ia adalah untuk bertanggungjawab bagi tindakan yang dilakukan bagi situasi pada masa ini dan masa depan alam sekitar,” beritahunya kepada para wartawan.
Romulo-Puyat berkata beliau telah menghantar amaran bertulis kepada tempat-tempat pelancongan Filipina termasuk El Nido dan Pulau Panglao, sementara yang lain seperti Oslob telah mengurangkan separuh daripada jumlah ketibaan pelancong.
Boracay, secara konsisten telah disifatkan sebagai antara pantai terbaik dunia yang mempunyai keluasan 1,000 hektar.
Pada masa kemuncak, sehingga 40,000 pengunjung pantai berada di pantai itu, yang mengumpul AS$1 bilion setahun tetapi juga meninggalkan bergunung-gunung sampah, sistem pembetung yang berlebihan dan suasana seperti karnival. – AFP
