Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peraturan dan SOP Fasa Endemik ketika di LTAB diumumkan

    Oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Jabatan Penerbangan Awam (JPA), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, mengingatkan orang ramai mengenai SOP di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) yang dilaksanakan semasa Fasa Endemik bermula 15 Disember hingga 31 Disember.

    SOP semasa fasa berkenaan, penumpang-penumpang dibenarkan untuk ditemani dan dihantar semasa pelepasan oleh sekurang-kurangnya dua orang sahaja, orang ramai tidak dibenarkan mengambil penumpang semasa ketibaan sehingga waktu yang akan dimaklumkan kemudian, semua penumpang dan pengunjung LTAB dikehendaki mengimbas kod QR BruHealth sebelum memasuki Bangunan Terminal LTAB di mana hanya individu yang mempunyai kod warna hijau dan kuning sahaja yang akan dibenarkan masuk.

    Di samping itu, orang ramai yang hendak memasuki Bangunan Terminal LTAB tetapi belum lengkap vaksinasi adalah dikehendaki untuk menunjukkan hasil ujian saringan Antigen Rapid Test (ART) yang negatif daripada pusat ART yang diiktiraf, yang mana tempoh pengesahan keputusan ujian adalah sah bagi tempoh dua hari dari masa ia diambil, penumpang-penumpang yang akan membuat penerbangan dikehendaki menunjukkan dokumentasi penerbangan yang sah, penumpang-penumpang dan pengunjung LTAB dimestikan memakai pelitup muka setiap masa dan dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri setiap masa seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer serta pemeriksaan suhu badan adalah dimestikan sebelum memasuki Bangunan Terminal LTAB dan orang ramai yang kurang sihat dinasihatkan agar tidak mengunjungi LTAB.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa restoran, kafe dan kedai-kedai di dalam Bangunan Terminal LTAB adalah dihadkan kepada 75 peratus kapasiti mengikut kawasan premis masing-masing dan orang ramai adalah dikehendaki untuk mengimbas kod QR BruHealth setiap kali memasuki premis-premis berkenaan.

    Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi talian 2331747.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda