Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Peratus pengambilan booster jauh daripada jangkaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Pencapaian pengambilan dos penggalak (booster) dilihat tidak begitu memberangsangkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini sehingga jauh daripada nilai peratusan yang dijangkakan selama ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menasihatkan orang ramai di negara ini agar tidak mudah terperdaya dengan perkara-perkara yang tidak sahih mengenai pengambilan suntikan vaksin.

    “Kita semua sudah melihat situasi dunia kini yang mana mendapati suntikan vaksin dapat mengurangkan gejala jangkitan COVID-19 terutamanya dengan adanya pengambilan dos penggalak.

    “Maka dalam hal ini, orang ramai disarankan untuk sentiasa mengikuti berita-berita yang sahih dengan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih seperti Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” tegasnya lanjut semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini,

    Pencapaian pengambilan dos penggalak yang dijangkakan selama ini tidak begitu memberangsangkan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...