Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peratusan telur penyu menetas meningkat

    LABUAN, 13 Okt – Usaha bersepadu untuk meningkatkan populasi penyu di taman marin di sini membuahkan hasil memberangsangkan dengan peratusan telur penyu yang menetas meningkat setiap tahun sejak 2011, kata Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Labuan Anuar Deraman.

    Katanya bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sahaja sejumlah 1,309 anak penyu dilepaskan ke laut daripada 1,705 telur yang dieram di tiga tapak pendaratan di sini.

    “Tapak pendaratan yang strategik tanpa hakisan pantai antara faktor peningkatan penyu yang mendarat, selain kemahiran renjer yang mengendalikan telur-telur penyu terbabit dari tempat bertelur ke pusat penetasan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

    Menurutnya bagi tempoh 2011 hingga 2015, sebanyak 9,543 anak penyu dilepaskan ke laut dari empat kawasan pendaratan di sini.

    Beliau juga berkata taman marin popular Pulau Rusukan Besar, Rusukan Kecil dan Kuraman merupakan kawasan pendaratan paling strategik bagi penyu karah (Eretmochelys Imbricata), penyu lipas (Lepidochelys Olivacea) dan penyu agar (Chelonia Mydas) dengan 12 sarang ditemui di pantai terbabit sepanjang tahun ini setakat ini.

    Anuar berkata pihaknya juga bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam memantau kegiatan haram di perairan taman laut.

    Pemuliharaan dan perlindungan penyu di taman laut berpotensi dijadikan produk ekopelancongan Labuan, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda