Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perayaan Tanglung Cina di Poland tarik ramai pengunjung

    WARSAW – Tanglung, muzik, dan kelas tai chi Cina adalah antara tarikan yang terdapat dalam Festival Perayaan Tanglung Cina kali ke-6 di Royal Lazienki Museum baru-baru ini.

    Acara ini telah menarik ribuan pengunjung yang mahu mengetahui negara China dengan lebih lanjut lagi.

    Marta Marta Matusiak, pengurus organisasi acara dari muzium tersebut, memberitahu Xinhua bahawa terdapatnya minat yang mendalam di kalangan pengunjung semasa festival itu berlangsung. Dengan adanya konsert, bengkel-bengkel dan acara-acara lainnya, kebanyakan syarikat-syarikat pelancongan telah penuh ditempah selepas muzium itu mengumumkannya.

    Pada tahun 2016, minat orang ramai terhadap Festival Tanglung Cina adalah sangat besar sehinggakan pihak muzium terpaksa memanjangkan tempoh acara dan aktiviti festival tersebut sehingga akhir bulan September. Tahun ini, mereka juga melakukan perkara yang sama.

    Tanglung adalah acara utama dalam projek antarabangsa mereka yang dinamakan sebagai ‘Taman Cahaya’ yang bertujuan untuk mempromosikan taman-taman dan muzium-muzium bersejarah di seluruh dunia. Royal Lazienki Museum telah mengambil bahagian dalam projek ini bersama-sama dengan muzium-muzium dari China, Jerman, Rusia, Perancis dan Denmark.

    Festival Perayaan Tanglung Cina telah menarik ribuan pengunjung untuk melawat Poland.

    Tanglung Cina ini telah memaparkan budaya masayarakat Timur dan ia sangat popular pada era ‘Englightenment’.

    “Pada awal abad ke-18, Raja Poland, Stanislaus Augustus Poniatowski, sangat berminat dalam kebudayaan Cina ini atau apa yang dipanggil ‘chinoiserie’. China sangat popular, seperti yang kita dapat lihat dari unsur-unsur yang diilhamkan oleh bangsa Cina di muzium istana,” kata Matusiak.

    “Terdapat banyak elemen dan barangan daripada bangsa Cina dalam koleksi kami. Malah jambatan menuju ke Istana di Isle ini diinspirasikan dari China.”

    Pelbagai aktiviti telah diadakan yang menggabungkan antara budaya masyarakat Poland dan Cina.
    Antara tanglung-tanglung yang terdapat di Royal Lazienki Museum baru-baru ini.

    Pada acara tahun ini, 6 Ogos lalu, telah diadakan sebuah konsert di Chinese Garden yang memaparkan seni muzik Jazz digabungkan dengan alunan seni muzik Cina, begitu juga yang terdapat di dalam bengkel-bengkel yang diadakan di mana ia telah menggabungkan elemen Kerajaan Tengah dan upacara pembuatan teh, kata Matusiak.

    Muzium ini juga merupakan destinasi popular bagi delegasi rasmi daripada China, katanya.

    Seorang ibu muda berkata mengenai perayaan itu: “Saya sangat terhibur dengan festival ini dan begitu juga anak-anak saya. Kami juga telah mengunjunginya pada tahun lepas, dan anak-anak saya sangat teruja untuk melihat pencahayaan dan taman Cina ini. Anak-anak saya juga menyukai arca singa yang terdapat di sini.”

    Royal Lazienki Museum di Warsaw mempunyai sebuah istana dan kompleks taman pada hampir 80 hektar. Asal-usul Lazienki ini bermula pada abad ke-17. Raja terakhir Poland, Stanislaus Augustus Poniatowski, telah membina kediaman musim panasnya di sini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda