Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Perbadanan TAIB rai ulang tahun penubuhan ke-31

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-31 tahun, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat di Masjid Setia Ali, Pekan Muara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Penasihat Khas Perbadanan TAIB.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Pemangku Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Pemangku Penasihat Khas Perbadanan TAIB; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB, ahli-ahli lembaga pengarah dan Jawatankuasa Penasihat Syariah, Pengarah Urusan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya; Pemangku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikat serta jemaah Masjid Setia Ali.

    Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Setia Ali, Awang Rozaime bin Haji Bunal, serta diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran, yang kemudiannya diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan sembahyang Fardu lsyak berjemaah.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri di JPM ketika bersama-sama menunaikan solat berjemaah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...