Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perbadanan TAIB semarak awal tahun Hijrah

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan TAIB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB), Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) dan TAIB Filling Station Sdn Bhd telah mengadakan sesi ceramah sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444.

    Majlis yang diselajurkan dengan acara meraikan kepulangan jemaah haji dan pegawai-pegawai haji dalam kalangan warga kerja Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya itu telah diadakan di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Haji Mohammad Yusreza bin Haji Mohd Yussin; Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed; serta pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Majlis dimulakan dengan ceramah keagamaan bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara’ yang disampaikan oleh penceramah undangan, Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Penguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

    Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan laungan dikir dan bacaan Doa Selamat bagi meraikan jemaah haji dan pegawai-pegawai haji dalam kalangan warga kerja Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya yang baru kembali dari menunaikan fardu haji
    bagi 1443 Hijrah.

    Datin Hajah Hasnah bergambar ramai pada majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall.
    Datin Hajah Hasnah menabur bunga rampai bagi meraikan jemaah haji dan pegawai-pegawai haji dalam kalangan warga kerja Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya yang baru kembali dari menunaikan fardu haji bagi 1443 Hijrah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...