Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Perbadanan TAIB semarak Maulidur Rasul

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Perbadanan TAIB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya tidak ketinggalan memperingati Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan sesi ceramah yang berlangsung di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Dr Norfarizal bin Othman.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB), Haji Mohammad Yusreza bin Haji Mohd Yussin; Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), Haji Mahmud bin Haji Mohamed; dan para pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, iaitu IITHSB, DHSB dan TAIB Filling Station Sdn Bhd.

    Ceramah keagamaan bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Meraih Syafaat Rasulullah SAW’ telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Muhammad Yusof bin Haji Abdul Majid selaku penceramah undangan.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Maulud daripada kumpulan pendikir Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Antara tujuan majlis kerohanian berkenaan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Dr Norfarizal, Haji Mohammad Yusreza dan Haji Mahmud semasa menghadiri majlis keagamaan berkenaan.
    Majlis sambutan Maulud Nabi berkenaan turut diserikan dengan persembahan dikir.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...