Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Perbaharui ikrar tamat pandemik

    BANGKOK, 13 MEI – Thailand menyertai para pemimpin global memperbaharui ikrar dan komitmennya untuk menamatkan pandemik COVID, termasuk menderma vaksin kepada negara yang berdepan kekurangan vaksin.

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Don Pramudwinai berkata komitmen baharu Thailand untuk menamatkan pandemik itu melibatkan enam perkaratermasuk mendermakan lebih 3.3 juta dos vaksin COVID bernilai AS$14.5 juta kepada negara yang kekurangan vaksin tahun ini 

    “Pertama, setakat ini, kami sudah menderma 1.3 juta dos kepada negara jiran,” katanya ketika menyampaikan kenyataan (melalui video prarakaman) pada Sidang Kemuncak COVID-19 Global ke-2, dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, dalam Sesi 1: Mencegah Kelesuan Pandemik dan Mengutamakan Kesiapsiagaan, kelmarin.

    Kedua, Don berkata Thailand sedang mempercepatkan pemberian vaksin kepada setiap orang di negara itu tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigresen.

    Don turut menyebutkan bahawa Thailand berjanji untuk terus menggalakkan pencegahan penyakit dan kesiapsiagaan menghadapi wabak melalui projek pembinaan kapasiti di beberapa negara.

    Thailand komited menamatkan pandemik termasuk mendermakan lebih 3.3 juta dos vaksin COVID kepada negara yang kekurangan vaksin tahun ini. – AFP

    Selain itu, beliau berkata Thailand bersedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi global dalam pembangunan dan pembuatan vaksin.

    “Satu daripada vaksin buatan kami dijangka didaftarkan dan dihasilkan pada suku pertama 2023,” katanya.

    Mengenai perkara kelima, Don berkata Thailand berikrar memberi sumbangan kewangan kepada Dana Global untuk Memerangi HIV, Tuberkulosis dan Malaria berjumlah AS$7.5 juta atau AS$1.5 juta setahun dari 2020 hingga 2024, yang turut menyokong negara-negara dalam memerangi COVID.

    “Keenam, Thailand pada dasarnya menyokong inisiatif AS menubuhkan dana keselamatan kesihatan global baharu di bawah Bank Dunia untuk kesiapsiagaan dan respons yang lebih baik terhadap kecemasan kesihatan masa depan,” katanya.

    Don berkata Thailand menyeru para pemimpin global agar bekerjasama dan mengambil langkah lebih berani untuk menamatkan pandemik ini dan bangkit semula dengan lebih mantap dan kuat.

    Sidang kemuncak yang dihoskan bersama oleh AS, Belize, Jerman, Indonesia dan Senegal, turut dihadiri oleh ketua negara atau kerajaan dan menteri bersama-sama pemimpin daripada organisasi antarabangsa, masyarakat awam, syarikat swasta terkemuka dan yayasan dermawan.

    Sidang itu bertujuan menghimpunkan para pemimpin global untuk mengulangi ikrar mereka menamatkan COVID dalam empat aspek termasuk mencegah pandemik, mempercepat vaksinasi, memperluas akses kepada ujian dan rawatan, dan mengukuhkan sistem keselamatan kesihatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...