Perbaiki dengan telus, jangan asal siap

Kebanyakan kerja-kerja penyelenggaraan atau pembaikan kemudahan awam seperti bangunan, jalan raya dan sebagainya ditenderkan kepada syarikat atau kontraktor swasta.

Namun, amat menyedihkan sekali sebagai salah seorang pengguna di negara ini melihat hasil penyelenggaraan atau pembaikan yang dilakukan oleh pihak kontraktor seolah-olah janji asal siap saja. Contoh di kawasan perkampungan saya, jalan raya sudah diperbaiki namun ibaratkan ‘menampal plaster ke jalan’, di mana keadaan yang asalnya rata menjadi berbonggol.

Malah kawasan jalan baru diperbaiki dalam seminggu sudah berlubang semula. Diharap ada pemantauan perkara ini.

Pantau-pantau