Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Perbaiki sistem bantu pemuliharaan kubur

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Penyelenggaraan sistem teknologi maklumat untuk kemaslahatan orang ramai agar tanah perkuburan orang Islam dijalankan dengan bersistem telah dibincangkan pada Majlis Permesyuaratan ke-18 Majlis Mesyuarat Negara, hari ini, yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

    Yang Berhormat Awang Iswandy mencadangkan penambahbaikan, membolehkan maklumat tanah perkuburan dapat diakses secara menggunakan sistem teknologi maklumat dan wakaf dan pengurusannya seperti mempelawa orang ramai menyumbangkan lampu-lampu solar, memperbaiki akses laluan serta pembersihan tanah-tanah perkuburan.

    Mengulas perkara itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berkata, memang ada bahagiannya di bahagian urus tadbir untuk menangani perkara itu dengan tugas-tugas tertentu.

    Yang Berhormat Pehin juga mengakui sistem berkenaan perlu ditingkatkan dan akan melihat lebih dekat lagi untuk difikirkan bagi bahagian pemuliharaan dan ‘insya-Allah akan dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya agar kemaslahatan orang ramai dapat dipenuhi dengan baik jua’.

    Sementara itu, mengulas cadangan supaya memohon menambah kuota haji kepada 2,000 kepada pihak kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Pehin berkata, Negara Brunei Darussalam mempunyai kuota 400 sahaja, akan tetapi selama empat tahun berturut-turut telah meningkat daripada 400 hingga 1,000.

    Ini semua berlaku dengan kebijaksanaan perundingan-perundingan yang telah dibuat sebelum ini.

    “Alhamdulillah dengan perundingan pihak Arab Saudi dapat mempertimbangkannya, namun Negara Brunei Darussalam berharap ianya dapat ditingkatkan lagi,” ujar beliau.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menghadiri permesyuaratan MMN hari ini. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...