Saya sangat kecewa dengan sistem pembayaran sebuah syarikat perkhidmatan komunikasi di negara ini.
Sejak saya melanggan pelan bayaran secara bulanan, saya tidak pernah lupa untuk membayar bil bulanan.
Setiap bulan saya selalu menyimpan setiap resit pembayaran.
Malangnya disebabkan gangguan sistem atau kurangnya penyelenggaraan sistem, syarikat terbabit menyatakan bil saya tertunggak sehingga lebih $100.
Padahal saya tidak pernah terlepas untuk membayarnya. Memandangkan perkara ini tidak dapat diselesaikan melalui panggilan hotline (kemungkinan penerima panggilan tidak faham) jadi saya memutuskan untuk menguruskannya di kaunter.
Tetapi di kaunter perkhidmatan itu lain pula halnya. Petugas berpendapat saya terlebih bayar dan perlu diberi bayaran balik. Namun seorang lagi petugas pula berpendapat saya perlu membayar mengikut apa yang tercatat di dalam sistem.
Perkara itu pernah saya dengar daripada orang ramai namun siapa sangka ia terjadi kepada diri saya sendiri.
Oleh yang demikian, saya sarankan syarikat tersebut perbaikilah sistem agar ia tidak menyusahkan pelanggan, bak kata orang Brunei ‘jangantah lapar kan makan duit pelanggan sehingga mengenakan double charge’.
Abang Joe
