Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Perbankan digital tarik lebih ramai pelabur ke Malaysia

    KUALA LUMPUR, 10 MEI – Kemajuan terkini dalam sektor perbankan digital Malaysia yang menyaksikan lima konsortium memperoleh lesen bank digital dijangka menarik lebih banyak pelabur asing ke Malaysia.

    Usman Akhtar, rakan kongsi dan ketua Amalan Ekuiti Swasta Bain & Company di Asia Tenggara berkata perbankan digital dijangka dapat menarik pelabur, sama seperti pasaran global lain.

    “Perbankan digital telah menarik minat pelaburan di pelbagai pasaran dan kami jamin bahawa terdapat ramai pelabur yang teruja dengan perkhidmatan kewangan digital.

    “Perbankan digital akan menjadi ciri-ciri yang boleh dilabur pada masa depan, dan kita perlu memberi perhatian utama kepadanya,” katanya pada sesi soal jawab semasa taklimat media mengenai Laporan Ekuiti Swasta Asia Tenggara Bain and Company 2022, hari ini.

    Selama bertahun-tahun, sektor Internet dan Teknologi menyumbang bahagian yang besar daripada kuantiti dan nilai janji niaga merentasi landskap ekuiti swasta Asia Pasifik yang besar.

    Di Asia Tenggara, ekonomi digital terus berkembang pesat apabila pelaburan tertumpu kepada teknologi terus dominan di Indonesia (60 peratus daripada janji niaga), Singapura (50 peratus) dan Vietnam (55 peratus).

    Sektor-sektor lain seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kewangan mula mengambil bahagian yang ketara sebagai sasaran pelaburan, masing-masing mewakili 18 peratus dan 9 peratus daripada janji urus niaga.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...