Perbankan Islam dijangka berkembang

KUALA LUMPUR, 24 FEB – Bank Islam di Asia Selatan dan Asia Tenggara mempunyai modal dan mudah tunai yang mencukupi bagi memenuhi pe-ningkatan permintaan dalam pembiayaan berikutan pemulihan ekonomi daripada pandemik, demikian menurut Moody’s Investors Service.

Agensi penarafan kredit itu berkata populasi generasi muda yang semakin meningkat dan usaha kerajaan untuk membangunkan sektor itu akan menyokong pertumbuhan jangka panjang. Dalam laporan bertajuk ‘Bank Islam – Asia Selatan dan Asia Tenggara: Sektor dalam kedudukan yang baik untuk meneruskan pertumbuhan berikutan pemulihan ekonomi,’ penganalisis Moody’s Tengfu Li berkata meskipun keuntungan bank Islam di rantau ini lembap pada 2020, pemangkin modal mereka kebanyakannya kukuh, di sokong oleh langkah kerajaan untuk mengurangkan impak penularan COVID-19.

Beliau berkata permodalan yang kukuh akan membolehkan bank Islam untuk memenuhi peningkatan permintaan dalam pembiayaan berikutan pemulihan ekonomi. – Bernama