Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perbanyakkan ibadah di bulan Syaaban

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Lebih kurang 30 orang ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam disertai jemaah terdiri daripada penduduk Kampung Jerudong telah mengadakan solat fardu Maghrib berjemaah dan membaca Surah Yasin beramai-ramai sempena menyambut nisfu Syaaban, kelmarin.

    Mengetuai majlis ialah imam masjid berkenaan, Haji Mohd Yadiy bin Haji Mohd Yussof dan Ketua Imam, Awang Amaludin bin Haji Jamaludin.

    Bersempena dengan malam nisfu Syaaban, umat Islam disunatkan untuk membaca Surah Yasin tiga kali, dan pada setiap bacaan Surah Yasin itu, hendaklah diselangi dengan bacaan Doa Nisfu Syaaban.

    Bulan Syaaban merupakan antara bulan Islam yang agung di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita umat Islam untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis yang sahih.

    Antara ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajah Maryam bersama jemaah terdiri daripada penduduk Kampung Jerudong yang memeriahkan majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...