Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PERBEKAL bantu golongan fakir miskin

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Sebagai aktiviti tahunan menjelang bulan Ramadan, Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) telah melaksanakan program amal jariah, kelmarin.

    Peringkat pertama program itu telah menyasarkan lima kelompok keluarga asnaf fakir miskin dan yang memerlukan bantuan manakala peringkat kedua akan dijangka berlangsung pada 26 Mac depan.

    Pelancaran program amal berkenaan disempurnakan oleh Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di kediamannya di Kampung Lambak Berakas.

    Bantuan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Berterusan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi yang juga Ketua Kampung Lambak B, Timbalan Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir dan Naib Yang Dipertua 1 PERBEKAL, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof.

    Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada penerima yang berhak di lima lokasi berasingan.

    Program amal berkenaan adalah selaras dengan tuntutan agama Islam untuk membantu fakir miskin terutama mereka yang memerlukannya.

    Bantuan berbentuk makanan harian dan wang berkenaan dihulurkan sempena menjelangnya bulan Ramadan yang bakal tiba tinggal beberapa hari lagi dan ia sedikit sebanyak diharap dapat meringankan beban untuk membuat persiapan berbuka dan bersahur.

    Pengiran Haji Nordin semasa menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...