Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    PERBEKAL erat silaturahim bersama MPK Sg Teraban

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Bagi mengeratkan lagi silaturahim, Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) telah mengadakan lawatan muhibah ke Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Teraban, kelmarin.

    Seramai 49 orang ahli yang diketuai oleh Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir menyertai lawatan sambil belajar berkenaan.

    Kehadiran rombongan dialu-alukan dan oleh Pemangku Ketua Kampung Sungai Teraban dan Pengerusi MPK Sungai Teraban, Haji Zaini bin Haji Kaderi bersama ahli-ahli jawatankuasa MPK.

    Semasa lawatan itu, Haji Zaini menyampaikan taklimat mengenai struktur pentadbiran, pengurusan MPK dan aktiviti-aktiviti tahunan terutama aktiviti yang menjurus kepada sumber ekonomi. Sesi soal jawab juga diadakan yang diikuti dengan demonstrasi tunjuk ajar cara-cara membuat umai dan hasil produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang dipasarkan.

    Lawatan PERBEKAL diteruskan dengan meninjau beberapa buah tempat termasuk kedai produk pembuatan makanan dan kuih kering tempatan serta sangkar pemeliharaan ikan selungsung di persekitaran Kampung Sungai Teraban.

    Di akhir lawatan, rombongan PERBEKAL berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di Kuala Belait dan Seria.

    Rombongan PERBEKAL bergambar ramai semasa lawatan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...