Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    PERBEKAL erat silaturahim dengan aktiviti riadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim, Persatuan Belia Kampung Lambak (Perbekal) telah mengadakan Hari Keluarga dan Riadah Hijrah 1444 di Pantai Seri Kenangan, Tutong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan melancarkan aktiviti berkenaan ialah Penaung PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

    Majlis yang dihadiri lebih 60 orang ahli bersama keluarga itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Pengerusi Tetap PERBEKAL, Haji Abu Bakar bin Haji Piut, diikuti dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Dayang Azisah @ Kazy binti Musa.

    Sejurus selepas pelancaran, acara dimulai dengan aktiviti memanaskan badan iaitu berjalan kaki di pesisiran pantai sambil mengutip sampah (kempen kebersihan mini).

    Lebih 12 acara sukan kekeluargaan dipertandingkan semasa aktiviti berkenaan.

    Aktiviti kemuncak acara ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penyampaian hadiah galakan dan hadiah penyertaan terbaik, di mana juara keseluruhan disandang oleh rumah hijau.

    Hari Keluarga dan Riadah Hijrah tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan beriadah dan bersukan.

    Kempen kebersihan antara aktiviti Hari Keluarga berkenaan.
    Antara yang terlibat semasa Hari Keluarga dan Riadah Hijrah 1444 anjuran PERBEKAL.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...