Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    PERBEKAL serah sumbangan kepada 15 penerima

    Oleh Salawati Haji Yahya & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan, seramai 15 penerima bantuan terdiri dari ibu tunggal, mangsa kebakaran dan mereka yang kurang berkemampuan menerima sumbangan dalam Projek Amal Jariah PERBEKAL 2022, baru-baru ini.

    Majlis penyerahan sumbangan projek amal tersebut berlangsung di Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Lambak, Berakas dan disampaikan oleh Penaung PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

    Pada majlis tersebut, Naib Yang Di-Pertua I, Dayang Siti Seri’Ana binti Haji Mohd Yusof menjelaskan, majlis tersebut adalah sebagai aktiviti tahunan program kebajikan dalam usaha mempeduli sebahagian masyarakat yang kurang berkemampuan dalam menampung kehidupan mereka dan ini ditambah dengan kedatangan bulan Ramadan ini.

    Majlis tersebut diteruskan dengan pelancaran laman sesawang ECO PERBEKAL dan Kama FB ECO PERBEKAL untuk memberigakan program yang diadakan baru-baru ini.

    Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Lambak, Berakas, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku penasihat PERBEKAL, Pemangku Ketua Kampung Perpindahan Mentiri, Haji Abu Bakar bin Haji Pungut selaku pengerusi tetap PERBEKAL dan ahli-ahli PERBEKAL.

    Projek amal berkenaan bukanlah pertama kali diadakan namun sering kali diselenggarakan semasa Hari Belia Kebangsaan dengan mengendalikan kerja amal termasuk mencuci telekung yang kotor kemudian dihantar semula ke masjid tersebut, sedekah air mineral ke masjid-masjid, bantuan kepada para barisan hadapan sukarelawan COVID-19, derma kilat kepada para ahli PERBEKAL yang ditimpa musibah, serta mendermakan barang wakaf dan keperluan masjid.

    Antara penerima bantuan dalam Projek Amal Jariah PERBEKAL 2022 yang berlangsung baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -