Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Perbelanjaan isi rumah Jepun meningkat

    TOKYO, 5 OGOS – Perbelanjaan isi rumah di Jepun meningkat pada Jun, kali pertama dalam tempoh empat bulan, menurut laporan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi pada Jumaat.

    Berdasarkan laporan itu, perbelanjaan isi rumah meningkat 3.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Sementara itu, purata perbelanjaan isi rumah dengan dua atau lebih orang berjumlah 276,885 yen (AS$2,070) pada Jun.

    Mengambil kira lebih separuh daripada keluaran dalam negara kasar Jepun, perbelanjaan isi rumah merupakan pengukur utama penggunaan peribadi, lapor Xinhua. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...