Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Perbelanjaan tenaga bersih meningkat, tetapi tidak mencukupi: IEA

    PARIS, 22 JUN – Pelaburan dalam tenaga bersih akan mencapai rekod tahun ini tetapi tidak mencapai apa yang diperlukan untuk menangani krisis iklim, dengan perbelanjaan arang batu meningkat, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) kelmarin.

    Pelaburan tenaga global akan meningkat sebanyak lapan peratus kepada AS$2.4 trilion pada 2022, terutamanya hasil daripada tenaga boleh diperbaharui, walaupun inflasi yang melambung tinggi dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine membebankan kos, kata IEA dalam laporan tahunan.

    Pelaburan dalam semua sektor akan meningkat tetapi pertumbuhan terpantas akan datang daripada tenaga elektrik, terutamanya dalam tenaga boleh diperbaharui dan grid, serta kecekapan tenaga. Pelaburan tenaga bersih ‘akhirnya’ mula meningkat dan dijangka mencecah AS$1.4 trilion tahun ini, menyumbang hampir tiga perempat daripada pertumbuhan dalam perbelanjaan keseluruhan tenaga, kata IEA.

    Sejak 2020, pelaburan dalam tenaga bersih telah berkembang pada kadar tahunan sebanyak 12 peratus, “kurang daripada apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat iklim antarabangsa, tetapi bagaimanapun merupakan langkah penting ke arah yang betul,” menurut laporan itu. Ini berbanding dengan kadar pertumbuhan tahunan hanya lebih dua peratus dalam tempoh lima tahun selepas pakatan iklim Paris 2015.

    Inflasi telah meningkat di seluruh dunia apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mendorong harga tenaga lebih tinggi.

    IEA juga berkata, hampir separuh daripada tambahan AS$200 bilion dalam pelaburan modal dalam tenaga pada 2022 “kemungkinan akan dihabiskan oleh kos yang lebih tinggi, dan bukannya membawa kapasiti bekalan tenaga tambahan atau penjimatan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...