Perbetul persepsi Sabah negeri paling miskin

KOTA KINABALU, 5 APRIL – Usaha sedang dilakukan untuk memperbetulkan persepsi Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr MaximusOngkili.

Sehubungan itu, Ongkili berkata pengumpulan data sedang dilakukan oleh kementeriannya untuk mendapatkan input yang tepat bagi pangkalan data nasional mengenai kemiskinan.

“Satu kumpulan akan pergi ke Kampung Gana dahulu sebelum ber-gerak ke tempat lain untuk mengumpulkan data dan sebarang maklumat yang diperoleh akan disalurkan kepada kerajaan. Bagaimanapun sebelum sebarang pembangunan dilakukan, kemudahan asas harus diperbaiki terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama